Kalendar DAP Yang Menceritakan Proses Penanaman Padi Menarik

1173
Kalendar DAPSY menarik perhatian orang ramai yang mengunjungi Hngkod Koisaan untuk Tadau Kaamatan.

Oleh PEMBERITA BORNEOTODAY
PENAMPANG: DAP ingatkan orang asal pelbagai kaum dan etnik di Sabah kalendar bercerita tentang proses penanaman padi.

Parti DAP selalu dikaitkan dengan sentimen perkauman dan selalu dilabel sebagai Parti Kaum Cina, kata ahli DAPSY Pensiangan, Bodrick Paulus Aip.

Namun DAP Pensiangan menafikan tuduhan ini dan mengambil inisiatif hasil daripada idea Adrian Lasimbang sebagai Pengarah Pendidikan Politik DAP Sabah dan Penyelaras DAP Pensiangan, untuk mengingatkan orang asal Sabah bahawa parti DAP adalah sebuah parti untuk semua kaum dan agama.

DAP Pensiangan melalui DAPSY (Pemuda) mengedarkan kalendar orang asal semasa kemuncak Pesta Kaamatan di Hongkod Koisaan, Penampang pada 31 Mei lalu.

Kebanyakan masyarakat yang ditemui semasa mengedarkan kalendar tersebut, menerima usaha positif dari pihak DAP untuk membantu orang asal pelbagai kaum dan etnik untuk mengingat kembali kalendar yang menceritakan proses penanaman padi.

Bodrick, tengah, dan rakan-rakannya dari DAPSY Pensiangan di Hongkod Koisaan, Penampang, untuk memberi Kalendar Khas kepada tetamu di sana.

Rata-rata mereka yang ditemui tidak mengetahui bahawa kalendar ini wujud dan banyak yang meminta penerangan nama-nama bulan dan hari dalam kalendar ini, tidak kira tua dan muda.

Sambil mengedarkan kalendar DAP Pensiangan melalui DASPY juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Merayakan Pesta Kaamatan kepada semua yang sempat ditemui.

Empat orang DAPSY Pensiangan telibat dalam mengedarkan kalendar ini iaitu Bodrick, Wilson Nasip, Hanna Emily Quintin dan Fredoline Linus.