Kadamaian Perlu Jalan Raya Yang Lebih Baik, Kemudahan Asas – ADUN

Pergerakan Wanita PBRS bergambar sama dengan Jeremmy, Zainon dan Rozie.
Pergerakan Wanita PBRS bergambar sama dengan Jeremmy, Zainon dan Rozie.

KOTA BELUD: Rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri Kadamaian amat mendambakan jalan raya yang lebih baik sebagai jalan perhubungan utama.

Sejauh 93.5 kilometer di jalan utama kampung melibatkan 10 jalan luar perlu diturap demi kesejahteraan rakyat.

Wakil Rakyat Kadamaian, Jeremy Malajad yang juga Ketua Bahagaian Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) berkata, jalan raya merupakan isu panas di Kadamaian selain dari kemudahan asas yang lain.

Berucap di Majlis Penutupan Mesyuarat Agung Tahunan PBRS Kadamaian di Dewan Kg. Piasau disini Jeremy berkata, Kadamaian amat memerlukan keprihatinan dan komited kerajaan untuk menaiktaraf jalan berturap.

Jeremy Malajad menang kerusi Kadamaian atas tiket PKR, kemudian lompat ke PBRS.
Jeremy Malajad menang kerusi Kadamaian atas tiket PKR, kemudian lompat ke PBRS.

Mesyuarat Agung Tahunan itu dirasmikan oleh Presiden PBRS yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup.

“Kerajaan perlu komited untuk menyelesaikan masalah jalan perhubungan luar bandar khususnya Kadamaian masih jauh ketinggalan berbanding dengan kawasan jiran,” kata Jeremy.

Katanya, kebimbangan kami jika ini tidak diberi perhatian, ini akan memberi kesan kepada kebaikan dan usaha BN.

Tambahnya, Kadamaian juga memohon tambahan projek PPRT yang tidak mencukupi dimana pada tahun ini agihan untuk golongan daif itu hanya tujuh buah.

Selain dari itu kata Jeremy, kemudahan air bersih harus diambil perhatian memandangkan 70 peratus pengguna air di Kadamaian menggunakan sumber air graviti, manakala bekalan air yang tidak konsisten bergantung kepada keadaan.

“Bekalan air bersih amat diperlukan demi kesejahteraan rakyat amnya di Kadamaian,” kata Jeremy.

Beliau juga akan terus meneruskan tajaan tutor pendidikan sebagai salah satu tanggungjawab bersama memperkasakan bidang pendidikan.

Jeremy yang juga Naib Presiden PBRS Pusat berkata, Pilihan Raya Umum-14 tidak lama lagi, PBRS sentiasa bersedia memainkan peranan.

Sering berkerjasama rapat, saling menghormati dan sebagai ahli komponen kami mahu calon BN menang. PBRS menyokong sesiapa sahaja calon BN dari komponen.