Kad Ceria Yang Kurang Menceriakan; Turunkan Harga Barangan Keperluan

1122
TENGKU ADNAN MANSOR

Oleh SIMSUDIN BIN SIDEK
KOMEN: Dilancarkan pada 1 Mac 2017 Kad ceria merupakan kad DISKAUN atau kad CV pemotongan terus harga ke atas pembelian di premis-premis dan lokasi terpilih dikhususkan kepada warga Wilayah Persekutuan iaitu KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA dan LABUAN.

Menurut Menteri Wilyah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor kad ini disifatkan lebih padat dengan faedah dan manfaat terutamanya kepada golongan rakyat bawahan dengan menawarkan diskaun pembelian barang sehingga 70 peratus.

SIMSUDIN SIDEK

Lebih 25,000 Kad Ceria diagihkan kepada warga Wilayah Persekutuan Labuan secara percuma berserta dengan senarai 45 rakan dagang di Labuan sehingga Jun 2017. Pakej terbaru untuk Jan 2018 adalah dari Labuan international Golf Club apabila mengumumkan kadar istimewa kepada pemegang kad Ceria dengan menawarkan kadar “GOLF PACKAGE” pada hari biasa dengan kadar RM120 berbanding harga asal RM170 dan RM160 berbanding harga asal RM220 pda hujung minggu.

Antara rakan dagang di Labuan yang terlibat adalah Billion Waterfront, Hotel Aifa, Dorsett Grand Labuan Hotel, Tiara Labuan Hotel, Pusat Optik Tai Wah, The New Store, Modern Bazaar Sdn. Bhd, Salam Textile Centre, Kedai Kopi Sopiah, Restoran Warisan Kari Kepala Ikan, 88 Phone Shop, Dandelion Enterprise Sdn Bhd, Hobby Mix, Dzuno Beauty Collection dan banyak lagi disamping diskaun sebanyak 50 peratus turut diberikan untuk penyewaan fasiliti yang dimiliki oleh Perbadanan Labuan.

Apa relevannya diskaun istimewa dari hotel hotel ternama dan Golf Club Labuan kepada pemegang kad Ceria bilamana tujuan asal kad tersebut didakwa diperkenalkan demi memberi faedah dan manafaat terutamanya kepada golongan rakyat bawahan?

Jika kerajaan benar benar ikhlas seperti yang sering kali mereka dakwa, daripada memperkenalkan kad diskaun seperti Kad Ceria, adalah lebih baik kerajaan mengurangkan harga barangan keperluan harian dan petrol, kerana ia lebih memberi manfaat kepada semua lapisan rakyat selain menegelakkan kenaikan harga barangan lain seperti yang kita lihat pada hari ini bilamana kenaikan dan tidak kesetabilan harga petrol menyebabkan kenaikan hampir semua barang.

• Simsudin Sidek ialah Ketua Cabang PKR Labuan