Jururawat maut kemalangan jalan raya di Beaufort

Gambar hiasan

BEAUFORT: Seorang jururawat masyarakat maut selepas kereta yang dipandu bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda di Kampung Nukahan, KM28 Jalan Beaufort-Menumbok, semalam.

Ketua Polis Daerah Beaufort DSP Azmir Abdul Razak berkata mangsa Siti Zaharah [email protected], 34, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pegawai Perubatan Hospital Kuala Penyu.

Beliau berkata ketika kejadian mangsa sedang dalam perjalanan dari Beaufort menuju ke Kuala Penyu sebelum bertembung dengan kenderaan itu dari arah bertentangan.

“Siasatan awal di lokasi mendapati kemalangan berlaku apabila kenderaan mangsa gagal memotong dua kenderaan di hadapannya,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Azmir berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

(Visited 1 times, 1 visits today)