Juragan Antara Lapan Ditahan Tangkap Ikan Tanpa Permit Di Labuan

636
Juragan dari Vietnam dengan tujuh awek awek yang ditahan polis Marin pada Rabu petang di Labuan.

Oleh SURAIDAH ROSLAN
LABUAN: Seorang jurangan bot antara lapan warga Vietnam yang ditahan kerana terlibat dalam penangkapan ikan secara haram di perairan Laut Beting Iris, Tanjung Kubung Wilayah Persekutuan Labuan, di sini pada Rabu.

Ia melibatkan nilai rampasan yang beranggaran RM 360,000.

Kesemua suspek yang berumur antara 23 hingga 59 tahun itu ditangkap oleh polis marin ketika operasi Op Gelora Khas pada 5.30 petang Rabu.

Komander Polis Marin Wilayah 4 Sabah Asisten Komisioner Pajeri Ali berkata, operasi itu dilaksanakan bagi membanteras aktiviti penangkapan ikan tanpa lesen dan melanggar undang-undang.

“Dalam operasi itu, bot ronda RH 19 pasukan polis marin berjaya menahan sebuah bot nelayan yang gagal menunjukkan sebarang permit dan lesen menangkap ikan di kawasan perairan WP Labuan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar, disini pada Khamis.

Rampasan dan tangkapan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin WP Labuan untuk siasatan lanjut. Kes itu disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 19859/63.