Junz Wong: Warisan Lancar Tabung Untuk Wang Jaminan Shafie Apdal

8103
Nicholas Chak, Junz Wong, Mohd Azis Jamman dan Jo-Anna Rampas di sidang media Selasa.

Oleh PEMBERITA BORNEOTODAY
KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah melancarkan Tabung Solidariti Untuk Shafie hari ini yang bertujuan mengutip wang bagi membayar ikat jamin presiden mereka, Shafie Apdal bila tahanan remannya tamat pada Jumaat ini.

Bercakap pada sidang media petang tadi (Selasa) di Kolombong, naib presiden Warisan, Junz Wong berkata mereka menyasarkan kutipan sebanyak RM300,000.

Ini kerana wang jaminan Shafie dijangka mungkin mencapai RM300,000 selepas adiknya, Yusof Apdal, yang juga Ketua Umno Silam diperintah membayar ikat jamin RM100,000 pada Isnin lepas.

“Jika setiap seorang menderma RM10, kita hanya perlu 30,000 orang untuk mendapat RM300,000.

“Saya yakin ramai rakyat Sabah yang menyokong Datuk Seri (Shafie) dan ingin bersamanya,” kata Junz.

Shafie diperintah reman pada 18 Oktober lalu dan sekali lagi pada 23 Oktober.

Derma boleh disalurkan terus ke Akaun Amanah CIMB bernombor 1007-000-5602-058 milik firma guaman Hamid and Co. yang dipegang oleh salah seorang peguam Shafie, Hamid Ismail.

Menurut Junz Akaun Amanah berkenaan boleh diaudit maka ia boleh dilihat oleh sesiapa.