Judi Memudaratkan Masyarakat : Berita BTtv – 19 September 2019

Bersama Aza Mini Liashin.
  • Keputusan kerajaan menamatkan pengeluaran lesen perjudian mesin slot adalah muktamad. Tiada sebarang alasan atau rundingan akan diterima yang boleh membuatkan kerajaan menarik balik keputusan itu. Tegas ketua menteri, judi memudaratkan masyarakat, justeru perlu dihentikan terus.
  • Tuntutan Sabah ke atas royalti minyak dan pendapatan hasil bumi daripada kerajaan Persekutuan sebagaimana termaktub dalam perjanjian Malaysia 1963, tidak akan terhenti hanya kerana tiada pengumuman baharu untuk Sabah dan Sarawak oleh perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sempena sambutan Hari Malaysia, 16 September lalu. Sebaliknya ketua menteri berkata rundingan dengan kerajaan Persekutuan akan diteruskan agar Sabah terus mendapat manfaat.
  • Ketua menteri meminta kerajaan Persekutuan memberi keutamaan kepada permintaan kerajaan negeri untuk menaik taraf lapangan terbang Tawau dan Lahad Datu yang telah mencapai tahap maksimum.
  • Sambutan hari Pahlawan peringkat negeri di kompleks sukan Likas diraikan dalam suasana penuh istiadat. Sumbangan daripada Yayasan Tun Juhar disampaikan kepada Rusunjan Mohamad, ibu kepada Mejar Mohd Zahir Armaya yang terkorban ketika demonstrasi di kem Lok Kawi pada 4 September lalu.
  • Jerebu di Sarawak bertambah buruk. 809 sekolah ditutup membabitkan 252,237 murid. Indeks pencemaran udara di 6 daerah di Sarawak melebihi 200 atau sangat tidak sihat. 3 penerbangan di Sibu terpaksa dilencongkan akibat jarak penglihatan terhad kepada 0.8 km.
  • Peminat 2 kelab gergasi liga perdana Inggeris, Liverpool dan Manchester United bakal menyaksikan legenda kedua dua kelab itu beraksi dalam perlawanan persahabatan di stadium Likas, 20 November ini. Antara yang akan beraksi, John Arne Riise, Danny Murphy, Emile Heskey dan Peter Crouch untuk Liverpool. Manakala Teddy Sheringham, Wes Brown dan Mikael Silvestre untuk Manchester United.