JPKK Perlu Peka Dengan Penduduk Yang Perlukan Bantuan

KOTA MARUDU: Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di kawasan DUN Tandek diingatkan agar sentiasa peka dengan penduduk yang memerlukan bantuan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tandek, Hendrus Anding berkata, JPKK yang dilantik perlu memaklumkan kepada wakil rakyat dengan kadar segera jika terdapat penduduk yang berada dalam kesusahan.

“JPKK juga seharusnya memainkan peranan sebagai ejen penyampai maklumat serta agenda kerajaan kepada rakyat di peringkat akar umbi”, katanya semasa menyampaikan satu watikah pelantikan JPKK, di Pejabat ADUN Tandek, semalam.

Menurutnya, bagi kawasan DUN Tandek, seramai 74 orang JPKK dilantik bagi kampung masing-masing.

Turut hadir adalah Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM), Majawap Masantun dan Pegawai Pembangunan Masyarakat, Joseh Vung Nyuk Chin.