
Oleh PAREN ANAK NYAWI
KOMEN: Memandangkan musim cuti sekolah dan musim tengkujuh sudah menjelang dan laporan dari penduduk yang sedang keluar dan masuk ke Pekan Kapit melalui jalan darat atau off-road Kanowit-Song-Kapit diminta berhati-hati kerana jalan yang agak licin dan berisiko.
Berdasarkan perkongsian di media sosial, air yang melimpah telah menghalang laluan pengguna laluan off-road yang melalui Jalan Kanowit-Song-Kapit sehingga ada tragedi kereta terkandas di laluan tersebut.
Selain daripada itu ,aras sungai juga telah melimpahi dan melebihi paras bahaya di Batang Rajang.
Kita mengesa supaya Lembaga Sungai-Sungai Sarawak melakukan tinjauan yang lebih kerap.
Ini adalah kerana, pada musim cuti sekolah pengangkutan boat express akan lebih sesak daripada hari biasa dan laluan off-road Kapit-Sibu agak berbahaya kerana jalan licin dan becak.
Dengan itu, saya mengesa pihak kerajaan melaksanakan janji untuk menyelenggara jalan off-road Kanowit-Song seperti yang telah dijanjikan kepada rakyat.
• Paren Anak Nyawi ialah Penyelaras DAP Kapit dan Pembantu Khas Ahli Parlimen Sibu