TAWAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjong, Datuk Jimmy Wong menyerahkan bantuan 100 set makanan kepada kakitangan Hospital Tawau semalam.
Menurut Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri itu, bantuan tersebut sebagai tanda terima kasih dan penghargaan kepada petugas barisan hadapan dalam memerangi dan membendung wabak Covid-19 tanpa mengira masa demi kesejahteraan rakyat.
“Sejak penularan Covid-19, kakitangan hospital memainkan peranan penting kerana bertanggungjawab bersama merawat pesakit berkaitan.
Justeru, beliau berharap dengan adanya bantuan tersebut, ia dapat membantu meringankan beban mereka seharian.
Terdahulu, dalam masa sama, Jimmy turut menyaksikan penyerahan sumbangan peralatan diagnostik ultrasound bernilai RM195,000 kepada Hospital Tawau.
Sumbangan yang diberikan Dewan Perniagaan Tiong Hua Tawau (DPTHT) dan Kelab Pertanian Tawau itu dilihat mampu memudahkan urusan mengimbas dan pemeriksaan menyeluruh terhadap jangkitan paru-paru pesakit.
“Disebabkan sambutan menggalakkan, jumlah terkumpul kutipan dana itu melebihi sasaran iaitu berjumlah RM500,000.
“Justeru, dengan lebihan dana tersebut, selepas membeli alat bantuan pernafasan, kami sepakat membeli peralatan diagnostik ultrasound untuk disumbangkan kepada Hospital Tawau,” katanya.