Jenifer Menawarkan Biasiswa Kerajaan Negeri Kepada Frendley

564
Adun N.20 Moyog merangkap pembantu Menteri Pelajaran Dan Inovasi Sabah Jenifer Lasimbang berama mesra Bersama sama dengan keluarga Rowhinda Jumin di Kg Maang, penampang

Oleh EDDIE ANGAT
PEMBANTU Menteri Pelajaran dan Inovasi Jenifer Lasimbang melawat Frendley David Likey, anak sulung daripada tujuh orang anak Rowhinda Jumin (balu kepada Likey dari Kampung Terian, Penampang).

Jenifer yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Moyog menjelaskan lawatan itu adalah bagi menawarkan biasiswa Kerajaan Negeri Sabah kepada Frendley yang menyatakan hasrat untuk berkecimpung dalam bidang kulinari.

Adun N.20 Moyog merangkap pembantu Menteri Pelajaran Dan Inovasi Sabah Jenifer Lasimbang berama mesra Bersama sama dengan keluarga Rowhinda Jumin di Kg Maang, penampang

Menurutnya, semasa penggulungan di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah baru-baru ini, Menteri Pelajaran dan Inovasi Datuk Yusof Yacob telah mengumumkan kepada setiap ADUN untuk mengenal pasti lima calon dari keluarga B40 di setiap kawasan masing-masing untuk melanjutkan pelajaran khususnya dalam bidang kemahiran dalam usaha menaikan taraf kehidupan mereka.

Jenifer (kanan) ketika mengadakan lawatan itu kepada keluarga itu turut menyumbangan barangan keperluan harian seperti makanan serta minuman