Jenazah Ketua Menteri Sarawak Adenan Dikebumikan Khamis – Abang Jo

Adenan meninggal dunia pada kira-kira 1.20 tengah hari Rabu di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan, Kuching.
Adenan Satem meninggal dunia pada kira-kira 1.20 tengah hari Rabu di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan, Kuching.

KUCHING – Jenazah Allahyarham Tan Sri Adenan Satem akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Samariang, di sini esok, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg.

Katanya jenazah Allahyarham akan dibawa dari kediaman peribadinya di Santubong ke Masjid Jamek Sarawak, Petra Jaya pada pukul 10 pagi di mana upacara penghormatan terakhir akan bermula 10.30 pagi hingga 1 tengah hari.

“Orang ramai yang hadir untuk memberi penghormatan terakhir dinasihatkan berpakaian gelap,” katanya pada sidang media di sini hari Rabu.

Sidang media itu turut dihadiri seorang lagi Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Abang Johari berkata esok juga diumumkan sebagai hari kelepasan am bagi negeri ini dan tempoh berkabung selama tujuh hari dengan bendera negeri dikibarkan separuh tiang.

Puan Sri Jamilah Anu, wife of the late Chief Minister, has a word with Abang Johari, a deputy chief minister at the Sarawak General Hospital.
Puan Sri Jamilah Anu, isteri kepada allahyarham Ketua Menteri sedang memberitahu sesuatu kepada Abang Johari, baju putih, salah satu dari tiga timbalan ketua menteri pada Rabu.

Allahyarham meninggal dunia akibat komplikasi jantung pada kira-kira 1.20 tengah hari di Pusat Jantung Kota Samarahan 16 hari sebelum hari lahirnya yang ke-73.

Anak saudaranya Haslinda Hamzah mengesahkan Adenan meninggal dunia pada kira-kira 1.20 tengah hari di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan, Kuching.

Dalam satu temu ramah dengan Bernama sebelum pilihan raya negeri Sarawak tahun lalu, Adenan berkata beliau hampir mati akibat sakit jantung tiga tahun sebelum itu.

Beliau menjadi Ketua Menteri Sarawak yang kelima selepas mengambil alih jawatan itu daripada Tun Abdul Taib Mahmud pada 28 Feb, 2014.

Adenan telah membawa Barisan Nasional mencapai kemenangan besar pada pilihan raya negeri Sarawak ke-11 pada 7 Mei, 2016.

Sepanjang hidupnya, Adenan mencatatkan rekod yang cemerlang dalam karier politiknya, kerjaya politiknya bermula pada 1979 apabila beliau bertanding bagi kerusi Dun kawasan Muara Tuang dan berjaya memenangi kerusi berkenaan, bermula dari tahun tersebut, Adenan mencipta pelbagai rekod yang membanggakan.

Dilaporkan beliau memenangi kesemua kerusi negeri dan Parlimen sehinggalah kemuncaknya beliau diangkat menjadi Ketua Menteri.

Adenan mendapat pendidikan sehingga ke menara gading, beliau menamatkan pengajian dalam bidang undang-undang di Adelaide University, Australia.

Adenan sebelum menjadi Ketua Menteri, pernah bertugas sebagai guru,majistret, wartawan dan penasihat perundangan.