Jeffrey Dalam Kerajaan, Jadi Buktikan Tindakan Bukan Sekadar Kenyataan Populis

Oleh NELSON W ANGANG

KOMEN: “Saya membaca dengan penuh minat kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden STAR dan Timbalan Menteri Pelancongan Persekutuan Datuk Dr. Jeffrey Kitingan mengenai hasrat mereka untuk mengadakan forum awam untuk mendapatkan pandangan mengenai bagaimana menyelesaikan masalah pendatang asing di Sabah dan pada masa yang sama menuduh kerajaan negeri Sabah seolah-olah melindungi pendatang tanpa izin yang tinggal di Sabah.

Pelbagai tuduhan palsu yang serius telah dibuat oleh Dr Jeffrey terhadap kerajaan negeri Sabah tanpa mengemukakan sebarang bukti.

Salah satu tuduhan beliau adalah terhadap cadangan kerajaan persekutuan pimpinan PH sebelum ini untuk memperkenalkan Pas Sementara Sabah (PSS) dan mengatakan ini adalah usaha kerajaan negeri untuk memihak dan melindungi pendatang tanpa izin untuk tinggal di Sabah.

Tidak menghairanlah dimana beliau lupa untuk menjelaskan fakta bahawa cadangan tersebut adalah dari Kerajaan Persekutuan dibawah Kementerian Dalam Negeri yang ketika itu Menterinya adalah Perdana Menteri sekarang yang mana Dr Jeffrey kini adalah sebahagian daripada kabinet kerajaan Persekutuan.

Dr Jeffrey bolehlah bertanya dan mendapatkan klarifikasi daripada Perdana Menteri TS Muhyiddin berkenaan dengan cadangan PSS yang telah di umum kan sendiri oleh beliau ketika memegang jawatan Menteri Dalam Negeri pada ketikan itu tanpa terlebih dahulu berbincang dengan kerajaan negeri Sabah sebelum membuat pengumuman tersebut.

Mereka juga seolah-olah keliru dengan fakta bahawa cadangan PSS dahulu adalah satu cadangan untuk menangani masalah pelarian di Sabah dan bukannya satu proses pemberian dokumentasi kepada pendatang tanpa izin. Sekiranya beliau masih tidak dapat membezakan cabaran antara isu pelarian dan pendatang tanpa izin (PTI) disabah, bagaimanakah mereka dapat mencari penyelesaian yang khusus kepada masalah-masalah ini.

Kita semua sudah maklum bahawa cadangan kerajaan persekutuan ketika itu terhadap PSS telah dibatalkan setelah mempertimbangkan sentimen masyarakat mengenai perkara tersebut.

Untuk mendapatkan suatu dasar kerajaan yang ideal dan efektif, adalah wajar bagi pihak kerajaan untuk mengusulkan suatu cadangan dan saranan tertentu sebagai penyelesaian kepada sesuatu masalah.

Keberkesanan sesuatu dasar yang ideal kepada masyarakat dalam sistem politik demokratik seperti pembentukan polisi atau undang-undang perlulah melalui suatu proses perbincangan dan perdebatan yang “adil dan jujur” di antara pihak kerajaan dengan masyarakat.

Melalui proses ini legitimasi demokratik terhadap suatu dasar akan tercapai.

Sebagai contoh melalui cadangan pengenalan PSS oleh kerajan kerajaan persekutuan sebelum ini, satu cadangan dasar telah dikemukan dan setelah melalui perbahasan dan perdebatan awam dan setelah mempertimbangkan penerimaan orang ramai terhadap cadangan tersebut, maka telah diputuskan untuk tidak meneruskan cadangan tersebut.

Inilah ciri-ciri pemerintahan yang adil, jujur ​​dan bertanggungjawab. Sebagai kerajaan perlulah berani untuk mencadangkan suatu penyelesaian terhadap sesuatu permasalahan dan jika tidak mendapat sokongan terhadap cadangan tersebut maka pihak kerajaan perlulah bersedia untuk menerima keputusan tersebut dengan terbuka dan bertanggungjawab dan perlu bersedia untuk meneruskan tanggungjawab yang seterusnya.

Menjadi kerajaan bukannya untuk mengejar populariti tetapi adalah suatu tanggungjawab antara lain membuat keputusan yang sukar seperti mengemukakan sesuatu cadangan yang mungkin tidak popular tetapi yang dipercayai oleh pihak kerajaan sebagai salah satu jalan penyelesaian.

Dr. Jeffrey dan Star perlu menghargai hakikat bahawa mereka sekarang adalah sebahagian daripada kerajaan pusat dan tidak lagi boleh memainkan sentimen “populist” masyarakat seolah-olah mereka masih berada dalam pembangkang.

Sudah tiba masanya untuk mereka menunjukkan kepada rakyat kemampuan mereka untuk merealisasikan segala apa yang telah mereka perjuangan selama ini kerana rakyat akan menilai prestasi dan keihlasan mereka sebagai sebahagian daripada kerajaan persekutuan.

Sekurang-kurangnya buktikan kepada rakyat bahawa mereka layak menjadi sebahagian daripada kerajaan persekutuan setelah memainkan peranan besar dalam mewujudkan kekacauan dan ketidakstabilan politik negara dalam menjatuhkan kerajaan PH yang telah dipilih secara majoriti.

Setelah bertahun-tahun bersikap kritikal dan lantang menyuarakan mengenai isu-isu seperti Perjanjian Malaysia 1963 dan masalah pendatang di Sabah, mereka kini berada dalam kedudukan yang terbaik untuk melakukan perubahan.

Tetapi yang terbaik yang mereka dapat tawarkan adalah mengadakan forum awam untuk mendapatkan maklum balas dan cadangan daripada orang ramai daripada memberikan cadangan penyelesaian konkrit kepada masalah-masalah ini.

Kita menyangkakan setelah berada dalam kerajaan pusat sekurang-kurangnya mereka akan mengemukakan beberapa cadangan penyelesaian.

Saya akan faham jika satu forum awam diadakan untuk mendapatkan maklum balas mengenai cadangan yang dikemukakan agar kita dapat mengadakan satu perbincangan dan perbahasan yang sihat dan berkesan mengenai cadangan tersebut.

Tetapi niat mereka jelas hanyalah untuk mengalihkan tumpuan bahawa mereka sekarang mempunyai tanggunhjawab dan perlu mencari penyelesaian yang mutlak.

Dengan cara melontarkan tuduhan-tuduhan palsu terhadap kerajaan negeri sekarang dan mengumumkan akan menganjurkan satu forum awam tanpa sebarang cadangan, memunjukkan mereka hanya berminat untuk bermain kepada sentimen rakyat.

Mungkin kerana mereka tidak mahu kehilangan kedudukan sebagai pilihan populis yang mereka percayai wujud selama ini semasa berada dalam pembangkang.

Mungkin mereka sedar bahawa apa sahaja cadangan yang mereka kemukakan tidak mungkin dapat dilaksanakan atau tidak dapat diterima rakyat.

Oleh itu, kaedah yang paling selamat adalah mengadakan forum awam, dan bersembunyi di sebalik sentimen rakyat.

Dengan pendekatan seperti ini, rakyat yanh ruhi kerena tidak mendapat kepimpinan yang sepatutnya.”