Jawatankuasa dibawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Labuan itu terdiri daripada 20 agensi kerajaan termasuk Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Polis Diraja Malaysia Labuan (PDRM).
Labuan sehingga hari ini merekodkan empat kes COVID-19 yang mana kesemua kes dikaitkan dengan perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling, pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Labuan yang merupakan ketua pegawai eksekutif Perbadanan Labuan Dr Fary Akmal Osman berkata kerja-kerja disinfeksi akan dilaksanakan oleh jawatankuasa ini dikawasan-kawasan awam tertentu termasuklah dikawasan bandar dan pejabat-pejabat jabatan kerajaan mengikut keperluan.
“Untuk kerja-kerja disinfeksi ini dan penutupan di premis-premis terlibat, kita ingatkan agar warga Labuan tidak berasa panik atau sebaliknya, sekiranya melihat kerja-kerja ini dilaksanakan, ini adalah untuk kepentingan umum,” katanya dalam sidang akhbar ini.
Katanya sebuah dewan di Kompleks Sukan Labuan dicadangkan untuk dijadikan ‘Pusat Kuarantin Alternatif COVID-19’ membantu sekiranya ada kesesakan pusat isolasi di Hospital Labuan.
Katanya dewan ini yang akan dilengkapi dengan katil-katil akan juga dijadikan sebagai tempat khas kuarantin untuk orang yang disyaki ada symptom COVID-19 dan bukan dikuarantin dirumah bagi mengelakkan jangkitan kepada ahli-ahli keluarga lain atau jiran terdekat.
Seramai 391 orang dikuarantin dirumah mereka sendiri disini sejak bukan lepas.
“Anggota-anggota dalam jawatakuasa ini akan juga ditugaskan menghantar sampel setiap hari ke Menumbok menggunakan bot sebelum dihantar ke makmal di Kota Kinabalu, bagi mempercepatkan proses menperolehi keputusan sampel,” katanya.
Selain itu, anggota-anggota lain dalam jawatankuasa ini akan juga berperanan dalam tugasan saringan kesihatan dan proses pengesanan COVID-19 rumah ke rumah (home screening and tracing).
“Dianggarkan 400 rumah akan dilawat untuk saringan kesihatan, dan jawatankuasa ini juga akan melihat keperluan untuk menjadikan balai-balai raya 27 kampung di Labuan sebagai tempatan saringan kesihatan bagi mempercepatkan proses saringan dan memudahkan lagi penduduk kampung,” katanya.
Fary berkata kempen kesedaran umum akan terus diaktifkan berhubung kepentingan penjagaan kebersihan diri dan menyarankan perhimpuanan awam atau aktiviti-aktiviti sukan yang melibatkan kumpulan yang ramai dibatalkan buat masa ini.
Pengamal-pengamal media Labuan melalui Persatuan Penggiat Media Labuan juga diminta untuk membantu mengendalikan berita-berita palsu serta spekulasi-spekulasi yang berniat mengelirukan masyarakat, dengan mengeluarkan berita-berita yang telah disahkan kesahiannya (verified news).
“Kami akan terus menyalurkan maklumat berkaitan COVID-19 yang sahih, dan warga Labuan harus tidak mudah mempercayai spekulasi-spekulasi dan berita-berita/infgrafik palsu yang mengelirukan,”katanya.
Fary juga berkata akan ada bantuan kebajikan kepada mereka yang menjalani proses kuarantin khususnya kuarantin dirumah berikutan pendapatan sebilangan besar daripada mereka terjejas (cuti tanpa gaji, tidak berkesempatan keluar rumah, diberikan cuti tidak berekod dan bergaji dan tidak berpeluang meneruskan perniagaan).