Jaujan Serta Rombongan KKTP Adakan Lawatan Kerja Ke New Zealand

1361
Lawatan di Syarikat FrameCad Auckland Khamis pagi.

NEW ZEALAND: Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan ( KKTP) Datuk Jaujan Sambakong serta rombongan dari Pejabat KKTP mengadakan lawatan kerja ke New Zealand pada Rabu.

Lawatan itu bertujuan melihat konsep pembinaan rumah mampu milik di Queenstown dan Polisi Kerajaan Tempatan negara New Zealand yang mungkin boleh diadaptasikan dalam pembinaan rumah mampu milik di Sabah.

Rombongan itu turut disertai oleh Setiausaha Tetap KKTP Masnah Mat Salleh, Timbalan Setiausaha Kementerian Kewangan Datuk Peter Thien , Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar Sabah (LPPB) Tan Sri Wences Angang, Pengurus Besar LPPB George Liew , Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah Mursidi Sapie serta beberapa pegawai dari Bahagian Teknikal Jabatan Kerja Raya dan LPPB.

Rombongan yang diketuai oleh Jaujan itu turut mengadakan lawatan teknikal ke Syarikat Framecad limited Auckland New Zealand untuk melihat teknologi pembinaan perumahan Sistem Pembangunan Berintegrasi.

Rombongan itu juga diberi penerangan tentang cara rangka-rangka besi untuk pembinaan rumah dibuat dengan menggunakan mesin berteknologi tinggi.