Jangan Tertipu Oleh Pihak Tidak Bertanggungjawab – Junz Wong

206

Oleh BORNEOTODAY
KOTA KINABALU: Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Junz Wong mengingatkan orang awam agar tidak tertipu dengan perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Menteri berkenaan memberi komen berhubung tersebar kononnya ada keperluan ‘ground magnesium limestone’ untuk Jabatan Pertanian Papar bernilai RM1.4juta.

Dalam kenyataan yang tersebar melalui watsapp seolah ada keperluan “Sebutharga Bagi Membekal dan Menghantar Kapur Pertanian Jenis Ground Magnesium Limestone Ke Jabatan Pertanian Papar Bagi Tahun 2019”.

Datuk Junz berkata melalui semakan dan risikan yang telah dibuat dengan Jabatan Pertanian Sabah juga dengan Kementerian Pertanian Industri Asas Tani Malaysia tiada sebarang sebutharga seperti yang tersebar.

Justeru Junz Wong mengingatkan orang awam agar menyemak dengan Kementerian atau Jabatan berkenaan sekiranya ada sebarang keraguan.