Jangan Pinjamkan Senjata Kepada Sesiapa Yang Tiada Hak – PDRM

Supt Douglas bersalam-salaman dengan pemegang-pemegan lesen senjata api pada perjumpaan itu.
Supt Douglas bersalam-salaman dengan pemegang-pemegan lesen senjata api pada perjumpaan itu.

OLEH AMAN KASSIM
KUDAT: Para pemegang lesen senjata api di daerah ini diingatkan menjaga keselamatan senjata yang dimiliki agar tidak terlepas ke tangan orang lain.

Ketua Polis Daerah Kudat Supritendan Douglas Taong berkata, pemegang senjata api yang berlesen perlu berwaspada dan jangan menyimpan senjata mereka di tempat yang tidak selamat bagi mengelakan ia hilang dan jatuh ke tengan penjenayah.

Katanya, mereka juga diingatkan agar tidak meminjamkan senjata kepada sesiapa yang tiada hak terhadap senjata berkenaan.

“Hanya pemegang senjata yang berlesen sahaja yang berhak memegang atau menyimpan senjata,” tegasnya semasa menyampaikan amanat kepada semua pemegang-pemegang lesen senjata api sempena perjumpaan khas Ketua Polis Daerah Kudat bersama pemegang-pemegang lesen senjata api daerah Kudat.

Dalam masa yang sama Douglas menerangkan peruntukan Akta Senjata 1960 berkenaan kesalahan yang sering dilakukan oleh pelesen.

Beliau turut menyeru agar pemegang lessen supaya memberi kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam pelbagai perkara terutama bagi yang berkaitan dengan keselamatan dan kententeraman awam serta pencegahan jenayah.

Perjumpaan itu dihadiri oleh seramai 71 orang pemegang-pemegang lesen senjata termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri Banggi, Datuk Abdul Mijul Hj. Unaini  bertujuan mengadakan sesi suai kenal bersama pemegang lesen senjatapi daerah ini.

“Ia juga menyampaikan amanat berkaitan keselamatan semasa dan mewujudkan kerjasama antara PDRM di sini dan masyarakat setempat,” jelas Douglas.