Jamil Hamzah Angkat Sumpah Sebagai ADUN Bugaya

KOTA KINABALU: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bermula dengan upacara angkat sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya, Jamil Hamzah.

Upacara mengangkat sumpah itu dilakukan dihadapan Speaker DUN, Datuk Kadzim M. Yahya.

Jamil mewakili Parti Warisan (Warisan) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Bugaya dengan majoriti 6,629 undi setelah memperoleh 11,382 undi menewaskan pesaing terdekatnya, Abd Aziz Mohd Ibno dari Barisan Nasional (BN) yang hanya memperoleh 4,753 undi.

PRK DUN Bugaya menyaksikan pertembungan tujuh penjuru antara Jamil, Abd Aziz serta empat lagi calon iaitu Mohd Hassan Abu Bakar daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Nazmawati Walli dari (Parti Bangsa Malaysia-PBM), Karil Pg Kuraini (Parti Perpaduan Rakyat Sabah-PPRS), Arastam Pandorog dari Pakatan Harapan (PH) dan Zulfadzli Shi Ahmad (Bebas).

Sehingga kini, Warisan masih menjadi parti tunggal dengan jumlah kerusi terbesar di DUN Sabah dengan 19 kerusi.

Ends.