Jambatan Roboh Akan Dibaiki Segera

KUDAT: Prihatin dengan masalah rakyat di peringkat akar umbi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Kapor, Ben Chong dilihat turun padang bagi melihat masalah jambatan roboh di Kampung Landung Ayang Laut, Kudat pada Ahad lepas.

Chong, yang juga Pembantu Menteri Perdagangan dan Perindustrian turut memberi jaminan bahawa jambatan yang roboh itu akan diperbaiki segera bagi memudahkan rakyat di kawasan tersebut.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan dan tinjauan yang dibuat, pembaikan segera jambatan itu akan dilakukan dalam masa terdekat.

Lawatan itu turut disertai Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).