Jambatan Labuan Guna Swasta : Berita BTtv – 23 September 2019

132
Bersama Salbinous Saribun.
  • Pembinaan jambatan sepanjang 10 kilometer menghubungkan Labuan dengan tanah besar Sabah telah dipersetujui kerajaan Persekutuan dan akan dilaksanakan menerusi inisiatif pembiayaan swasta. Beberapa syarikat tempatan dan luar negara telah menunjukkan minat dan akan mengemukakan pelan dan konsep jambatan menerusi tender permintaan untuk cadangan, RFP, menjelang akhir tahun ini – Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli.
  • Kerajaan Sabah meletakkan harapan yang tinggi agar tuntutan royalti minyak dan gas sebanyak 20 %, diambil kira dalam belanjawan kerajaan Persekutuan 2020 yang dijangka dibentangkan di Parlimen pada 11 Oktober ini – Ketua menteri.Tuntutan royalti itu antara janji dalam manifesto Pakatan Harapan pada pilihanraya umum ke 14, tahun lalu.
  • Dasar pemberian rumah mampu milik seperti program perumahan rakyat termiskin, PPRT akan dikaji semula kerana ramai pemohon terdiri daripada mereka yang tidak layak – Timbalan ketua menteri, Datuk Jaujan Sambakong.
  • Sabah memiliki semua keperluan untuk menjadi pusat pelaburan utama di rantau ini seperti kedudukan geografi yang strategik, sumber asli, infrastruktur dan kemudahan sokongan serta kerajaan yang proaktif – Timbalan ketua menteri, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.
  • 17 kenderaan pelbagai jenistermasuk jenama mewah seperti BMW dan Subaru disita bahagian penguatkuasaan trafik, IPD Penampang dalam operasi membanteras lumba haram di daerah itu, semalam.
  • Operasi pembenihan awan dan pemadaman kebakaran dari udara menggunakan kaedah water bombing berjaya mengurangkan kesan jerebu di Sarawak. Sri Aman yang sebelum ini pernah mencatat indeks pencemaran udara IPU melebihi 400 atau tahap berbahaya, merekodkan IPU 104, 8 malam tadi atau kategori tidak sihat.