Jamawi: Shafie Cuma Memenuhi Cita-Citanya Yang Ingin Menjadi Ketua Menteri

Jamawi (duduk tengah) bergambar kenangan bersama barisan kepimpinan KGKS.
Jamawi (duduk tengah) bergambar kenangan bersama barisan kepimpinan KGKS.

OLEH AMAN KASSIM
KENINGAU: Penubuhan parti baru oleh Datuk Seri Shafie Afdal bukan bertujuan menjaga dan membela nasib pelbagai lapisan masyarakat di negeri ini tetapi lebih kepada ingin memenuhi cita-citanya yang ingin menjadi Ketua Menteri.

Ketua Penerangan Pergerakkan Pemuda umno Malaysia Jamawi Jaffar berkata, pendekatan beliau untuk menarik hati rakyat melalui slogan “Sabahan for Sabahan” bersama ahli parti dari pihak pembangkang adalah tidak releven kerana isu-isu yang dibangkitkanya itu lebih kepada sifat peribadi tentang hasratnya ingin menjadi ketua menteri yang tidak dicapainya semasa berada dipihak kerajaan atau semasa Naib Presdien Umno dahulu.

“Apabila hasrat tidak tercapai maka beliau meneruskan perjuangannya dengan wadah yang lain untuk mencuba nasib,” katanya kepada media ketika diminta mengulas perkara itu.

Jamawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno Tenom berkata, dalam negara yang mengamalkan demokrasi, sesiapa pun boleh menubuhkan parti politik sebagai landasan perjuangan.

Tegasnya, tindakan beliau itu ternyata salah kerana cuba untuk menghasut hati dan pemikiran rakyat agar membenci kepimpinan kerajaan ketika ini sedangkan banyak nasib dan kebajikan rakyat telah dibela dan pembangunan kian pesat dibangunkan di seluruh negara ini.

Katanya, perjuangan beliau itu tidak akan mampu bertapak di Sabah malah untuk mengugat perjuangan Umno dan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak kerana rakyat percaya hanya BN sahaja boleh membawa kepada kemakmuran dan kesejahteraan kepada rakyat.

Mengenai dengan harsat Shafie ingin bekerja sama dengan pemimpin yang keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti Darrel Laiking Jamawi berkata, memang beliau Shafie mahu mencari kumpulan yang berpengaruh.

“Pada mulanya beliau (Shafie) menggunakan Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Malaysia (KDMM) sebagai plafform perjuangan tetapi nampaknya beliau kurang yakin dengan KDMM yang kurang mendapat sambutan dikalangan masyarakat di negeri ini. Lantaran itulah mencari rakan kongsi yang lain,” jelasnya.

Dalam masa yang sama Jamawi ingin bertanya perdirian KDMM sama ada kekal sebagai NGO atau mendokong perjuangan politik Shafie.