Jalan Menuju Pusat Bandaraya Sesak

KOTA KINABALU: Jalan raya sesak dengan kenderaan pada hari pertama bekerja selepas kerajaan negeri memutuskan daerah Kota Kinabalu, Putatan dan Penampang tidak lagi berada dalam zon yang sama.

Gambar yang dikongsikan pembaca memperlihatkan kawasan menuju ke Pusat Bandaraya Kota Kinabalu dari arah Putatan sesak sejak 9 pagi tadi.

Difahamkan ada pemandu kenderaan yang terpaksa bertindak membuka penghadang jalan yang diletakkan di bawah jejambat berhampiran Lapangan Terbang Kota Kinabalu ekoran keadaan jalan raya yang terlalu sesak.

Jalan masuk ke pusat bandaraya sesak berikutan pelaksanaan sekatan jalan raya (SJR) yang ketat di Kepayan.