Jake Nointin Masih Teguh Bersama Warisan

Oleh SURAIDAH ROSLAN
KOTA KINABALU: Kehadiran Ketua Bahagian Warisan Keningau Datuk Jake Nointin dalam Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi dan Ketua Bahagian Warisan hari ini menjawab segala teka-teki tentang dakwaan dirinya meninggalkan parti.

Jake berkata, beliau sedar gambarnya bersama Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) Datuk Seri Anifah Aman mula tular sejak semalam hingga belia didakwa menyerahkan borang keahlian menyertai PCS.

Beliau berkata, kehadirannya duduk bersama Anifah itu hanya sekadar bertanya khabar sebagai rakan seperjuangan lama.

Katanya, beliau tidak pernah meninggalkan Parti Warisan Sabah (Warisan) seperti yang didakwa melalui gambar yang ditularkan itu.

Menurutnya, secara kebetulan tempat penginapan pemimpin PCS itu berada dekat dengan kebun duriannya.

“Saya dimaklumkan oleh kawan saya, pak ciknya ada di sana. Jadi, tidak salah untuk saya datang cerita-cerita.

“Tiada sama sekali saya cakap, saya mahu menyokong partinya (PCS),” katanya.

Jake berkata, gambar seseorang yang didakwa dirinya dikatakan menyerahkan borang keahlian bagi menyertai PCS.

Katanya, beliau tidak tahu siapa dalam gambar berkenaan kerana beliau sendiri tidak tahu kenal siapa individu tersebut.