Jake Nointin Keluar PBS, Alasan Pucuk Kepimpinan Tersasar Matlamat Asal

3141
Jake Nointin pada sidang akhbar dikediaman beliau di Keningau pada Jumaat petang. Beliau mengumumkan keluar dari Parti Bersatu Sabah..

Oleh PEMBERITA BORNEOTODAY
KENINGAU: Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah Jake Nointin petang Jumaat mengumumkan beliau keluar dari parti itu.

Jake yang juga ketua bahagian PBS Liawan memberitahu media bahawa beliau menamatkan keahliannya dalam PBS berkuatkuasa serta merta.

Bagaimanapun beliau berkata dia belum akan menyertai parti lain buat sementera.

Dalam kenyataan ringkas, Jake memberitahu: –

“Setelah membuat analisa teliti dan berfikir secara mendalam, hari ini saya dan beberapa kawan seperjuangan dalam PBS membuat ketetapan untuk menamatkan keahlian kami dalam berkuatkuasa serta merta.

Sebahagian dari penyokong Jake Nointin di rumah beliau di Keningau.

“Sesungguhnya matlamat dan wadah perjuangan PBS betujuan murni untuk membawa kesejahteraan, pembanguna, keselamatan dan memelihara serta mempertahankan hak-hak rakyat tempatan dan Negeri Sabah.

“Namun pencapaian keatas matalamat tersebut banyak bergantung kepada polisi dan pendirian yang diamalkan oleh pucuk pemimpi parti.

“Kebelakangan ini, semakin nyata dan terbukti bahawa pucuk pemimpin parti tidak lagi fokus dalam memerealisasikan matlamat demi kepentingan rakyat dan negeri Sabah atas sebab-sebab yang mengundang pelbagai andaian dan persepsi.

“Justuri dengan pendirian dan setasi sedemikian, kami tidak ada lagi justifikasi yang kukuh untuk meneruskan perjuangan politik dalam PBS.

“Dengan keputusan ini, kami berharap rakan-rakan dalam PBS menerima dengan hati yang terbuka dan memahami keputsan kami untuk meninggalkan PBS.”