Jadikan Inovasi Sebagai Budaya Kerja Seharian – Perbadanan Labuan

1463
Perbadanan Labuan
Perbadanan Labuan

LABUAN – Warga Perbadanan Labuan digesa bersikap terbuka dan menjadikan inovasi dan kreativiti sebagai amalan dan gerak kerja seharian, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Azhar Ahmad.

Ia selaras dengan objektif kerajaan bagi memgembangkan pembangunan inovasi dalam jabatan dan agensi kerajaan untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan lebih efisien, menjimatkan kos serta sampai terus kepada golongan sasar,” katanya pada program Hari Inovasi Perbadanan Labuan di sini Khamis.

Katanya usaha-usaha ke arah membudayakan inovasi ini perlu disokong dengan menghasilkan dan mengetengahkan idea inovasi dan kreativiti.

tupper1

“Perkara ini bukanlah suatu perkara yang sifatnya berkala. Berinovasi dan berkreativiti adalah satu amalan yang perlu dilaksanakan setiap hari, tanpa perlu disuruh atau menunggu arahan. Begitulah budaya pekerja-pekerja dari negara-negara maju, yang sentiasa mengamalkan inovasi dan kreativiti dalam gerak kerja seharian,” kata Azhar.

Katanya antara usaha yang boleh dilaksanakan adalah sentiasa memastikan suasana dan ruang kerja selesa dan mesra pelanggan, mencari penyelesaian yang efektif kepada permasalahan yang berulang agar ia dapat dikurangkan dan diselesaikan dengan berkesan.

Azhar juga mahu warga kerja tanpa mengira pangkat harus sentiasa mengadakan perbincangan walaupun secara tidak formal, untuk mencari idea-idea inovasi dan kreativiti dengan tujuan melancarkan gerak kerja dan fungsi jabatan.

“Harus juga memulakan perancangan untuk menyertai pertandingan-pertandingan inovasi dan kreativiti yang diadakan di peringkat negeri mahupun kebangsaan seperti pertandingan anjuran Perbadanan Produktiviti Negara (NPC), Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Zon Sabah, KIK peringkat Wilayah Persekutuan serta pertandingan dalam talian yang berkaitan dengan Inovasi dan kreativiti di awal tahun.

“Kita juga harus memperuntukkan sejumlah peruntukan dan perbelanjaan daripada peruntukan mengurus jabatan untuk tujuan inovasi dan kreativiti.

Hari inovasi itu adalah program tahunan yang dirancang dan dilaksanakan setiap penghujung tahun bagi menghargai usaha inovasi dan kreativiti para pegawai dan kakitangan Perbadanan Labuan.