JABATAN KESIHATAN LABUAN KELUARKAN TUJUH KOMPOUN LANGGAR ARAHAN KUARANTIN

LABUAN: Jabatan Kesihatan Labuan hari ini telah mengeluarkan sekurang-kurangnya tujuh kompoun kepada invididu dibawah pengawasan dan pemerhatian yang telah melanggar peraturan kuarantin.

Pelanggaran tersebut dilakukan dibawah Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] kerana melanggar Lampiran 14 (Perintah Untuk Pengawasan Dan Pemberitahuan Pemerhatian) sebagaimana dikeluarkan kepada mereka.

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata sekurang-kurangnya 15 hotel yang diwartakan sebagai hotel kuarantin telah diperiksa malam tadi (malam Jumaat) di pusat bandar, dan 41 penghuni yang menjalani kuarantin telah didapati melanggar peraturan tersebut.

“Ada individu dibawah pengawasan yang telah dikeluarkan dengan surat Lampiran 14 dan ditempatkan dihotel yang diwartakan tidak ada di bilik mereka setelah diperiksa oleh pasukan kami sekitar jam 8 hingga 10 malam, orang-orang ini telah keluar dari bilik mereka tanpa izin dan menimbulkan risiko kesihatan kepada diri sendiri dan orang di sekitarnya, “katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata bahawa 34 dari 41 pelanggar arahan diberi amaran terakhir dengan maklumat mereka telah direkodkan.

Dalam Operasi Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) malam tadi, Dr Ismuni mengatakan tujuh premis makanan diberikan amaran kerana melanggar garis panduan amalan penjarak-kan sosial dipermis mereka.

“Kami mendapati premis ini tidak mengikuti garis panduan dalam susunan meja dan ini mengakibatkan pelanggan mereka dilihat duduk berdekatan,” katanya.

Dr Ismuni mendedahkan sebanyak 37 hotel di Labuan termasuk hotel bertaraf empat bintang dan hotel bajet rendah setakat ini telah diwartakan sebagai kuarantin rumah bagi kakitangan teknikal dan operasi sektor berkaitan minyak dan gas.

“Kami akan membantu sektor perkhidmatan penting ini untuk maju tanpa terjejas oleh pandemik COVID-19, dan itulah sebabnya kami mengawasi pergerakan pekerja yang masuk dan keluar dari Labuan dari dan ke pelantar minyak di perairan Labuan, “katanya.

Dr Ismuni mengatakan pemantauan ketat di pintu keluar dan masuk Labuan – Terminal Feri Labuan dan Lapangan Terbang Labuan, premis makanan dan hotel yang diwartakan sebagai hotel kuarantin adalah untuk memastikan wabak itu dapat dikawal.

Labuan diisytiharkan sebagai zon hijau COVID-19 berdasarkan infografik Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Balas Krisis Kementerian Kesihatan (KKM) pada 2 Mei.