Isteri Presiden Parti Warisan Melawat Mangsa Kebakaran Kg Panji

Shuryani, tengah, mendengar taklimat ketika melawat mangsa kebakaran di Kg Panji, Semporna pada Khamis.

Oleh BORNEOTODAY
SEMPORNA: Mangsa kebakaran di Kampung Panji sini yang melibatkan lebih 30 buah rumah akan diberikan bantuan dengan secepat mungkin.

Isteri presiden Parti Warisan Sabah, Shuryani Shuaib meminta kesemua mangsa supaya bersabar kerana pertolongan akan disampaikan dengan secukupnya.

Beliau bersimpati dengan nasib penduduk Panji yang ditimpa malang dan berkata mereka perlu tabah dalam menghadapi musibah, ketika melawat mangsa hari ini.

Kebakaran rumah setinggan di Kampung Panji semalam tiada melibatkan kematian atau kecederaaan.

Panggilan kecemasan mengenai kejadian diterima pada jam 10.48 malam oleh Pusat Gerakan Operasi Negeri Sabah.

Pasukan bomba dari BBP Semporna bersama 12 anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi dengan menggunakan dua buah jentera.

Kebakaran dianggarkan melebihi 30 buah rumah di kawasan anggaran keluasan 0.3 ekar persegi.

Kebakaran dapat dikawal pada jam 12.38 pagi hari ini dan operasi memadam api tamat pada jam 2.48 pagi.