‘Ini Tidak Adil’; Pekebun Kecil Getah Di Sabah Juga Harus Dibantu

4148

Oleh PEMBERITA BORNEOTODAY
KOTA KINABALU: Pekebun kecil getah Sabah yang bernaung di bawah Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) berasa amat kecewa dengan berita bahawa Kementerian Kewangan Malaysia tidak dapat memperluaskan peruntukan Bantuan Musim Tengkujuh kepada mereka.

Majoriti pekebun kecil yang ditemui berasa dianaktirikan dengan keputusan MOF yang mensasarkan peruntukan kepada pekebun kecil di bawah RISDA sahaja.

Sebelum ini Menteri Pertanian dan Industri Sabah, Datuk Junz Wong bersama rombongan LIGS telah beberapa kali berunding dengan menteri dan pegawai di Kementerian Industri Utama berkaitan BMT.

Secara prinsip persetujuan telah dicapai dan MAPI telah menulis surat kepada MoF untuk memohon peruntukan tambahan bagi membolehkan BMT turut dinikmati oleh para pekebun kecil LIGS.

Malangnya MoF telah menolak permohonan ini dan meranapkan impian para pekebun LIGS.

“Ini tidak adil,” tegas Raymond Mogantar selaku wakil pekebun kecil yang ditemui.

“Kami merupakan penyumbang utama kepada pengeluaran getah di Sabah maka selayaknya kami juga harus dibantu,” demikian keluhan salah seorang lagi pekebun kecil iaitu George Gideon.

Sebahagian lagi berpendapat bahawa tindakan MoF ini adalah bertentangan dengan manifesto PH semasa pilihanraya lalu iaitu menjaga hak rakyat Sabah serta agihan peruntukan yang seimbang untuk Sabah.

Jelas PH tidak ada kesungguhan untuk menunaikan manisfesto khas untuk Sabah.

Para pekebun merayu dan mendesak pihak MoF agar mengkaji semula keputusan tersebut.

Wang peruntukan yang diluluskan oleh MoF untuk pekebun kecil RISDA adalah dari semua rakyat dan seharusnya disasarkan tanpa amalan pilih kasih dan berbaur penindasan.

BERITA BERKAITAN: –

Pekebun Kecil Getah Sabah Dianaktiri