Ini Nasihat Ketua Menteri Kepada Anak Musa Aman

3769

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menasihatkan Ahli Parlimen Sipitang, Yamani Hafez Musa untuk menunaikan tanggungjawab kepada rakyat dan bukanlah sekadar mengesahkan jawatan dengan mengangkat sumpah.

Beliau berkata, sebagai wakil rakyat yang diamanahkan, Yamani Hafez wajar sedar akan tanggungjawab yang diberikan terhadapnya selain bersedia menebus ‘kesalahan’ sebelum ini.

Jelas Mohd Shafie, tidak ada halangan untuk Ahli Parlimen Sipitang itu mengangkat sumpah walaupun tempoh yang diambil memakan masa yang lama.

“Beliau (Yamani) boleh angkat sumpah kerana tidak ada halangan untuk kita menafikan hak beliau apabila beliau menang pada pilihan raya lepas.

HAFEZ YAMANI

“Walaupun agak lambat beliau berbuat demikian tetapi yang penting bukan hanya angkat sumpah tetapi tanggungjawab kepada rakyat yang mengundi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media dalam Majlis Rumah Terbuka Krismas di Dewan Masyarakat Kiulu, di sini, hari ini (Selasa, 8 Januari 2019).

Yamani Hafez yang mengangkat sumpah semalam di Kamar Khas Dewan Rakyat, Kuala Lumpur, merupakan wakil rakyat terakhir sekali berbuat demikian selepas dilaporkan ‘hilang’ sejak 9 Mei lalu.

Sehingga ke hari ini, beliau masih belum menjelaskan sebarang kenyataan berhubung ketiadaannya selama hampir sembilan bulan selepas selesai memenangi kerusi Parlimen Sipitang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) tahun lepas.

BACA LAGI DISINI: –

http://www.astroawani.com/berita-politik/ini-nasihat-shafie-kepada-anak-musa-aman-195431

BERITA BERKAITAN: –

Abaikan Tugas Selaku Wakil Rakyat, Hafez Patut Letak Jawatan – Pritchard

Anggota Parlimen Sipitang Yamani Hafez Angkat Sumpah Jawatan