INDUSTRI KEWANGAN SUMBANG 57 PERATUS KEPADA KDNK LABUAN

LABUAN: Industri kewangan Labuan telah menyumbang 57 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) Labuan, iaitu pusat perniagaan dan kewangan antarabangsa Malaysia,.

Ketua Pengarah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) Datuk Danial Mah Abdullah  berkata berkata sumbangan sektor kewangan kepada KDNK Labuan telah meningkat dengan ketara dari segi peratusan sejak 2014.

“Itu sumbangan untuk Labuan. Sekiranya kita bercakap mengenai sumbangan kepada Malaysia, rakyat Malaysia yang membuat pelaburan di luar negara, mereka mungkin menggunakan Labuan yang selalu berperanan sebagai perantara,” kata beliau dalam satu kenyataan bersempena dengan ulang tahun ke-30 Pusat Perniagaan dan Kewangan

DANIAL MAH

Antarabangsa Labuan (IBFC) bertemakan “Labuan IBFC: 30 Years of Intermediating Asia’.
Mah berkata dengan adanya Labuan IBFC di pulau itu, ia telah menjadi penyumbang dengan pembangunan infrastruktrur tersedia bagi menampung dan menyokong industri kewangan Labuan.

Beliau menambah banyak pelaburan telah mencurah masuk dan Labuan IBFC dengan sendirinya  merupakan majikan terbesar di pulau berkenaan.

“Kami menggajikan hampir 6,000 pekerja … kalau dilihat pada skala yang lebih luas, 6,000 mungkin tidak ramai, tapi kita bercakap mengenai Labuan yang penduduknya dalam sekitar 100,000,” kata Mah.

Beliau juga berkata sejak penubuhan Labuan IBFC pada 1990, ia telah menyaksikan corak pertumbuhan mapan dengan banyak perubahan ketara.

“Kami mengubah undang-undang dan peraturan; kami mengubah garis panduan, bahkan, kami menukar nama kami yang dahulunya Pusat Kewangan Luar Pesisir Antarabangsa (IOFC), yang sekarang dikenali sebagai IBFC.

“Tetapi apa yang penting saya rasa ialah kita terus fokus pada perniagaan borong. Kami mempunyai beberapa perniagaan runcit tetapi itu bukan fokus kami. Malah bagi bank kami, ini semua berkaitan dengan perbankan korporat, pinjaman komersial dan sebagainya.

Bahkan, aspek insurans ialah mengenai insurans semula.

“Sesuatu yang kami lihat dalam sektor insurans semula ialah pertumbuhan dalam industri ini.

“Itulah yang selalu menjadi fokus kami selama ini. Dan saya rasa, kami akan terus memberi tumpuan kepada bidang perniagaan ini kerana saya rasa ia lebih sesuai untuk kami,” kata beliau.