Individu Pulang Dari Sabah Tidak Perlu Kuarantin 14 Hari

PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini memutuskan mana-mana individu yang pulang dari Sabah tidak perlu menjalani kuarantin selama 14 hari di pusat kuarantin  ataupun di rumah.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media sebentar tadi.

Ismail Sabri berkata demikian bagi mengulas isu tular di media sosial mengenai kuarantin wajib selama 14 hari yang dikenakan bagi individu yang pulang dari negeri berkenaan.

“Ramai yang keliru dan bimbang yang mengatakan bahawa apabila mereka pulang ke rumah mereka dari Sabah sama ada ke Semenanjung ke Sarawak atau ke Labuan kononnya mereka akan dikuarantin 14 hari.

”Jadi saya ingin menegaskan hari ini bahawa mereka yang pulang dari Sabah ke Semenanjung, Sarawak atau pulang ke Labuan tidak perlu dikuarantin selama 14 hari sama ada di pusat kuarantin atau di rumah.

”Jadi tidak betul cerita-cerita yang mengatakan mereka perlu dikuarantin dan mesyuaratmemutusakan tidak ada kuarantin 14 hari untuk mereka yang pulang dari Sabah,” katanya.