Ibu Berpantang Antara Mangsa Banjir Di Labuan

123

LABUAN: Hujan lebat sejak awal pagi ini menyebabkan Kampung Gangarak dan Kampung Tanjung Aru di sini mengalami banjir kilat.

Norfarizah Ajmain, 32, yang masih berpantang selepas melahirkan seorang bayi bulan lepas, antara mangsa banjir yang menyaksikan rumahnya dinaiki air melepasi paras lutut.

“Suami saya bekerja, dan saya di rumah bersama bayi dan dua lagi kanak-kanak, saya lihat limpahan air dari longkang berdekatan, dengan jalan utama bertentangan kampung kami, Lorong tujuh Kampung Ganggarak mengalami banjir,” kata Norfarizah kepada Bernama.

Beliau berkata punca utama banjir itu berikutan projek jalan yang sedang dibuat menyebabkan laluan longkang tersumbat, mengakibatkan limpahan air ke kampung itu.

Kami sering membuat aduan kepada ketua kampung kami tetapi dimaklumkan ia disebabkan sistem saliran…menyebabkan tilam, perabot dan kabinet semuanya rosak,” katanya.

Di Kampung Tanjung Aru, keadaannya sama apabila air dari longkang di pinggir jalan melimpah ke kawasan rumah berhampiran.

Air naik sekitar 9 pagi dan surut pada 12 tengah hari.