Ibu Bapa Perlu Sokong Pendidikan Anak

53
Rakam Sijim (baju biru) semasa menyerahkan sijil kepada salah seorang pelajar.

Oleh AZIS KHAN
TAMPARULI: Majlis Konvokesyen dan Penyampaian Hadiah kali ke 52 Tadika St Philip Tamparuli bagi tahun 2019 telah dilangsungkan dengan jayanya dan penuh meriah, baru-baru ini.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Setiausaha Politik Menteri Pertanian dan Industri Makanan yang juga Ketua Bahagian Parti Warisan Sabah Bahagian Tuaran, Rakam Sijim.

Dalam ucapan perasmian, Rakam menekankan pentingnya ibu bapa untuk menyokong pendidikan anak-anak.

Rakam Sijim melayani seorang pelajar tadika berkenaan.

“Pendidikan bukan sekadar memahami teori tapi juga kaedah pembelajaran yang tersusun supaya boleh menjadi insan yang seimbang, kreatif dan innovatif,” katanya.

Selain memberi tumpuan kepada pendidikan, ibu bapa juga perlu sentiasa memantau anak-anak terutama dalam penggunaan pelbagai aplikasi di telefon bimbit seiring dengan perkembangan teknologi terkini, kata Rakam lagi.

Pada majlis tersebut, seramai 60 orang kanak-kanak telah berjaya menamatkan sesi persekolahan di tadika tersebut.

Rakam Sijim (baju biru) bersama Pengerusi Peter Lo (6 dari kiri) serta Ahli Lembaga Tadika St Philip, Tamparuli yang lain dan guru-guru.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengurusan Tadika St Philip Tamparuli, Peter Lo Su Liok berkata, semua pelajar itu telah berjaya menamatkan persekolahan mereka dan berharap majlis berkenaan dapat memberi perangsang untuk mereka lebih berjaya di peringkat yang lebih tinggi.

Turut belangsung dalam majlis itu adalah persembahan koir dan sketsa daripada pelajar Tadika St Philip Tamparuli.