
KOTA KINABALU: Hyatt Regency Kinabalu mengambil inisiatif mempelbagaikan lokasi tarikan pelancongan di pusat bandaraya dengan mengecat lukisan mural sempena ulang tahun ke-40 hotel berkenaan.
Mural sepanjang 165 kaki itu dihasilkan oleh beberapa pelukis tempatan yang berbakat bagi memaparkan budaya dan etnik kaum di Sabah.
Pengurus Besar Hyatt Regency Kinabalu Thor Gervasi berkata, lukisan pada mural itu adalah inisiaitif hotel ini dalam membantu mempromosikan lagi industri pelancongan di Sabah.

Beliau berkata, sambutan ulang tahun ke-40 ini bukan hanya sebagai meraikan kejayaan hotel ini yang sudah mencapai empat dekad, tetapi juga untuk menghargai dedikasi dan komitmen kakitangan Hyatt dari dahulu hingga kini.
Majlis sambutan ulang tahun itu disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew dan turut dihadiri oleh Pengarah Urusan Kumpulan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) Datuk Pg Saifuddin Pg Tahir dan Pengerusi Kinabalu International Hotel Sdn Bhd Datuk Gordon Leong.