Hujan Batu Di Keningau : Berita BTtv – 9 September 2019

97
Bersama Beverly Anastacia Lim
  • Penduduk sekitar Keningau digemparkan dengan fenomena hujan batu.
  • Jerebu rentas sempadan. Kualiti udara di Kuching terus merosot apabila indeks pencemaran udara, IPU meningkat kepada 249 berbanding 241 semalam, kekal ditahap sangat tidak sihat. Sri Aman turut mencatat peningkatan IPU kepada 246 berbanding 236 semalam, masih di kategori sangat tidak sihat. Semua sekolah yang berada dalam kawasan jerebu kritikal, diingatkan untuk mengambil tindakan bagi menjamin kesihatan dan keselamatan murid murid. 69,000 topeng diagihkan kepada 40, 448 calon UPSR di 713 sekolah. Jika bacaan IPU melebihi 300 atau dikategorikan merbahaya, lembaga peperiksaan akan menangguhkan peperiksaan ke tarikh yang akan ditetapkan.
  • Kualiti udara di Sabah pulabertambah baik. IPU di Kota Kinabalu menurun kepada 62 hari ini berbanding 72 semalam.
  • Penduduk kampung Menggaris, Kota Marudu berdepan masalah untuk mendapatkan bekalan air bersih sejak bertahun lamanya.
  • ESSCOM tahan 4 pendatang asing tanpa izin di Kalabakan, malam tadi. Sejumlah syabu dan selaras senapang buatan sendiri atau bakakuk bersama 3 peluru hidup turut ditemui.
  • Kementerian belia dan sukan Sabah mempunyai visi menganjurkan kejohanan sukan mendaki belia Asia di Kota Kinabalu dalam tempoh terdekat – Phoong Jin Zhe.