Helikopter PDRM Terhempas Di Tawau

Oleh ARDYHANSAH AMAT
TAWAU: Sebuah helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhempas di Batalion 14 PGA Tawau, di sini, sebentar tadi.

Difahamkan kejadian berlaku pukul 6.15 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, terdapat enam mangsa terbabit dalam nahas berkenaan dihantar ke Hospital Besar Tawau untuk rawatan lanjut.

Menurut sumber helikopter berkenaan dalam perjalanan dari Batalion 17 PGA Lahad Datu sebelum terhempas di sini.

Sementara itu, tinjauan Borneo Today di Batalion 14 PGA Tawau mendapati beberapa kenderaan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat berada di lokasi kejadian.

Bagaimanapun, pihak media tidak dibenarkan masuk ke lokasi kejadian.