Hazani Pesuruhjaya Polis Sabah Baharu

HAZANI GHAZALI

Oleh NORA AHMAD
KOTA KINABALU: Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Hazani Ghazali dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah yang baharu.

Beliau mengambil alih jawatan itu daripada Datuk Zaini Jass yang akan dipindahkan ke Bahagian Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Memetik laporan The Star, Hazani berkata dia belum menerima surat berhubung pelantikan itu.

Namun dalam masa sama sedang menunggu arahan rasmi untuk mengambil alih tugas itu.

Sementara itu, Komander Briged Sabah, Pasukan Gerakan Am (PGA), Datuk Ahmad Fuad Othman pula dilantik bagi menggantikan Hazani sebagai Komander ESSCOM yang baharu.