Harga Petrol: RON97, RON95 Dan Diesel Tidak Berubah

KUALA LUMPUR: Harga runcit bagi petrol RON97 serta RON95, dan diesel kekal tidak berubah masing-masing pada RM2.58, RM2.05 dan RM2.15 selitre bagi tempoh 29 April hingga 5 Mei.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga itu berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan paras harga siling RM2.05 seliter bagi petrol RON95, dan RM2.15 seliter bagi diesel, walaupun harga pasaran APM bagi RON95 dan diesel telah meningkat melebihi harga siling yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.