Hanya Sabah Bantu Frontliners Hadapi Covid-19 Mac Lalu

Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Christina Rundi mengambil bantuan dana RM1 juta yang disediakan Mohd. Shafie pada 30 Mac lalu.

Oleh AZIS KHAN
KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (Warisan) adalah satu-satunya kerajaan negeri yang menyalurkan bantuan kewangan kepada anggota barisan hadapan ketika pandemik Covid-19 mula melanda negara Mac lalu.

Sebanyak RM10 juta disediakan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal ketika itu kepada 10 agensi keselamatan terlibat dalam menangani Covid-19 termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Kesihatan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan pelbagai lagi.

Mengulas perkara itu ketika berceramah di Sukau pagi ini, Mohd. Shafie berkata, itu adalah bukti Kerajaan Sabah prihatin kepada pasukan keselamatan yang bertugas demi keselamatan rakyat.

Bekas Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Zaini Jass mengambil bantuan dana RM1 juta yang disediakan Mohd. Shafie pada 30 Mac lalu.

“Bila kita berhadapan dengan Covid-19 ini, frontliners yang berdepan jaga musim hujan, musim panas polis jaga siang malam, tentera jaga laut.

“Sebab itu bila saya umum bantuan Covid-19 saya bagi RM1 juta untuk polis, tentera, Jabatan Kesihatan, saya bagi sebab saya hargai frontliners tiada negeri yang bagi hanya Kerajaan Sabah,” katanya.