Hajiji Terima Kunjungan Menteri Alam Sekitar & Air

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man di pejabatnya, di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), hari ini.

Kedua-dua pemimpin itu turut makan tengah hari bersama.

Terdahulu, Hajiji dan Tuan Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandaraya.

Turut hadir ialah Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif, Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN), Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untong dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik, Dr Aliakbar Gulasan.