Hajiji Seperti Mengiyakan Layanan Buruk Malaya Terhadap Sabah

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor seharusnya memandang serius momentum yang semakin bertambah kuat mendesak Sabah keluar daripada Malaysia jika benar inginkan keharmonian.

Pengerusi Biro Masyarakat KDM Parti Warisan Sabah (Warisan) Putatan, Mathew Yong berkata, sebagai seorang pemimpin utama negeri ini, Hajiji seharusnya mendengar suara rakyat yang marah dengan layanan yang diberikan oleh Malaya selama 58 tahun dalam Malaysia.

Kenyataan ADUN Sulaman itu ketika mengulas kenyataan Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Azis Jamman bahawa gerakan menuntut kemerdekaan Sabah yang dilihat semakin lantang bersuara jika Kerajaan Persekutuan terus menerus menganak tirikan Sabah, dilihat seakan mengiyakan sahaja layanan buruk Malaya terhadap Sabah.

Tidak dinafikan, kenyataan Azis Jamman itu datang dari seorang pemimpin pembangkang tapi bagaimana pulak kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Hajiji sendiri iaitu, DSP Jeffrey Kitingan?

Presiden STAR itu turut menyatakan kebimbangan beliau betapa layanan tidak adil ke atas Sabah dan Sarawak telah menyebabkan 60% rakyat di kedua Wilayah ini mendesak keluar daripada gabungan Malaysia.

Jeffrey berkata demikian, juga semasa membahas Pembentangan Bajet 2022 di Parlimen pada Isnin lepas.

Isu mendesak Sabah keluar dari Malaysia bukan lagi cakap kosong. Ia semakin diperkatakan oleh rakyat Sabah bukan sahaja di Media Sosial tapi juga di kedai-kedai kopi tanpa mengambil kira tua atau muda, lelaki atau perempuan selepas kesedaran timbul betapa Malaya selama ini telah merampas banyak hak-hak rakyat Sabah dan Sarawak.

Sabah boleh mencapai kemerdekaan melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tanpa persetujuan Malaya.

Malaya sendiri telah mengabaikan tanggungjawap mereka keatas Sabah dan Sarawak di mana Laporan Kemajuan seperti terkandung dalam Artikel 73e di bawah Resolusi UN1541 tidak pernah diserahkan seperti yang diminta oleh PBB.

Selama 58 tahun berada dalam Malaysia, Sabah jatuh miskin walaupun pada hakikatnya, negeri ini cukup kaya dengan hasil bumi sebagai pengeluar minyak dan gas terbesar di Malaysia.

Bukan sahaja status Sabah dan Sarawak daripada Wilayah diturunkan kepada Negeri pada tahun 1976, malahan minyak Sabah juga turut menjadi tabung UMNO melalui Akta Petroleum 1974 (PDA 1974) dan Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750).

Hajiji patut menegaskan bahawa untuk menyelamatkan dan demi keharmonian Malaysia, Malaya sepatutnya pulangkan semula 30% hasil sumbangan KDNK Sabah kepada Kerajaan Persekutuan tidak termasuk cukai tahunan sebanyak 40%.

Pada tahun 2020, Sabah telah menyumbangkan sekitar RM60b kepada negara melalui KDNK. Ini bermakna, Sabah sepatutnya mendapat sejumlah RM18b bukan RM5.2b seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan semasa pembentangan bajet 2022.

Mengimbau kembali kepada sejarah Pembentukan Malaysia melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Tunku Abdul Rahman jelas mengatakan bahawa pembahagian peruntukan adalah 33% Sabah, 33% Sarawak dan 33% Persekutuan Tanah Melayu.

Rakyat Sabah pasti akan menyokong Hajiji jika beliau tidak berlagak seperti seorang pemimpin yang penakut kepada Malaya dengan menyuarakan ketidak adilan ini dengan lantang.

Seorang lagi Timbalan Ketua Menteri, DSP Bung Mokhtar juga tidak berpuashati dengan peruntukan RM5.2b tersebut. Malangnya, Hajiji menyatakan bahawa peruntukan RM5.2b ini merupakan berita baik kepada Sabah seperti yang dipetik di akhbar pada 29 Oktober lepas.

Apa yang berita baik sedangkan hakikatnya, RM5.2b ini menunjukkan pengurangan daripada peruntukan lain sejak 2019?

Sabah hanya mendapat 6.8% daripada jumlah keseluruhan peruntukan pembangunan 2022 iaitu sebanyak RM75.6b banding dengan 9.1% pada 2019, 9.3% (2020) dan 7.3% (2021).

Sebagai sorang Ketua Menteri, Hajiji juga sepatutnya mempersoalkan kenapa hanya RM10j Peruntukan Pembangunan kaum yang diberikan kepada Sabah dan Sarawak berbanding beratus juta kepada kaum Cina, India malahan Orang Asli sendiri mendapat RM274j.

Jika kerajaan Warisan Plus membelanjakan RM43j untuk membaik pulih rumah ibadat di Sabah pada 2019 kenapa Hajiji membisu dengan peruntukan sekecil RM50j dari Malaya kepada yang bukan beragama Islam seluruh negara?

Adakah Hajiji bertindak sebegini kerana takut kehilangan jawatan Ketua Menteri atau memang betul seperti yang didakwa oleh ramai rakyat Sabah bahawa Hajiji umpama seekor kerbau peliharaan Malaya?

Rakyat Sabah tidak mahu Ketua Menteri seperti Hajiji. Sebaiknya, beliau harus meletakkan jawatan agar martabat rakyat Sabah tidak akan terus diperlekehkan oleh Malaya.

Amat jelas, Hajiji tidak setanding dengan Ketua Menteri sebelum ini iaitu, DSP Shafie Apdal presiden Parti Warisan yang banyak mempertahankan hak Sabah dan mempunyai visi yang lebih jauh kedepan untuk rakyat, banding dengan Hajiji.

Untuk menyelamatkan Malaysia, kembalikanlah MA63 kepada Sabah dan Sarawak. Sudah-sudahlah memperbodohkan kami.

“Kami rela keluar Malaysia daripada terus dijarah segala hasil bumi tapi mendapat pulangan yang amat sedikit. Biarlah Hajiji dan pemimpin GRS sahaja yang mendokong Malaya,” katanya.

Ends.