Guru Mengetip Telinga Murid Guna Stepler : Berita BTtv – 29 September 2019

Bersama Reetasha Joanes Mijol.
  • Guru yang mengetip telinga kiri seorang murid menggunakan stepler di sebuah sekolah rendah di Likas, akan dihantar menjalani kaunseling. Satu perjumpaan antara guru terbabit, ibu bapa dan PPD Kota Kinabalu juga diadakan untuk menyelesaikan insiden itu secara baik – Pengarah pendidikan Sabah, Dr Mistirine Radin.
  • Satu jawatankuasa akan dibentuk untuk mempercepatkan proses kelulusan projek yang dipohon pelabur tanpa perlu menunggu bertahun tahun sehingga menyukarkan pelabur, sepertimana diamalkan sebelum ini.Jawatankuasa itu dipengerusikan timbalan ketua menteri merangkap menteri kerajaan tempatan dan perumahan, Datuk Jaujan Sambakong – Ketua menteri.
  • Kerajaan Sabah dan pusat tidak pernah mengabaikan kepentingan untuk menaik taraf ekonomi masyarakat pribumi di negeri ini. Kerajaan sentiasa komited dan proaktif untuk memastikan perkara itu dilaksanakan sebaik mungkin.
  • Ahli Parlimen Keningau merangkap ADUN Tambunan, Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata Petronas dan syarikat minyak lain harus berhenti daripada mengambil sumber minyak Sabah jika kerajaan Persekutuan tidak mahu membayar royalti minyak 20 % kepada negeri ini.
  • Kemeriahan Festival Layang Layang Antarabangsa Borneo di Bintulu (Music by SADA Borneo)