Guru Besar Ditahan, Pecah Amanah RM8,000

SANDAKAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Sandakan menahan seorang guru besar yang disyaki terlibat menyalahguna wang sumbangan berjumlah kira-kira RM8,000.

Menurut sumber, suspek wanita berusia 60 tahun ditahan kira-kira jam 11 pagi tadi ketika dipanggil untuk memberi keterangan di Pejabat SPRM Cawangan Sandakan bagi membantu siasatan.

Tambahnya, suspek bagaimanapun dilepaskan dengan jaminan dan dijangka akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Sandakan pada minggu ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan dan Seksyen 405 Kanun Keseksaan.