GST Tidak Akan Dikembalikan : Berita BTtv – 8 Oktober 2019

51
Bersama Aza Mini Liashin
  • Kerajaan Persekutuan tidak akan melaksanakan kembali Cukai Barang dan Perkhidmatan, GST kerana sistem percukaian semasa pemerintahan Barisan Nasional itu mendapat rintihan rakyat dan telah ditolak – Perdana Menteri.
  • Sabah berharap mendapat peruntukan lebih besar dalam Belanjawan 2020 untuk memacu pertumbuhan sektor pertanian di negeri ini. Peruntukan lebih besar itu juga boleh digunakan untuk menaik taraf jalan pertanian di seluruh negeri yang sebelum ini agak sukar dilaksanakan akibat kekangan kewangan – Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Junz Wong.
  • Bantuan musim tengkujuh berjumlah RM35 juta telah disalurkan kepada Lembaga Industri Getah Sabah untuk dibayar kepada 58, 333 pekebun kecil getah di seluruh Sabah, tahun ini.
  • Kerajaan Sabah menerusi kementerian pembangunan infrastruktur menyasarkan dapat mengganti jambatan kayu dengan jambatan konkrit dan menyiapkan 50 peratus akses jalan kampung termasuk jalan pertanian di seluruh negeri menjelang 2021 – Datuk Peter Anthony.
  • Satu pasukan kerja khas ditubuhkan kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar bagi menyiasat aktiviti pengambilan batu karang hidup yang dilaporkan berlaku di perairan Semporna.
  • Majlis Penasihat Wanita Sabah, MPWS meletakkan harapan tinggi agar Belanjawan 2020 mengambil kira keperluan wanita terutama dalam bidang keusahawan.
  • Kerajaan Sabah berusaha mewujudkan Bank Data pecahan jantina dalam pelbagai sektor sebagai langkah memartabatkan kedudukan wanita di negeri ini.
  • 15 kakitangan Lembaga Sukan Negeri Sabah termasuk 4 pekerja sambilan harian menerima anugerah perkhidmatan cemerlang kerana menunjukkan prestasi kerja yang baik sepanjang tahun lalu.
  • Menyaksikan eksesais Tiger Strike latihan ketenteraan tahunan Angkatan Tentera Malaysia dan United States Marine Corps, satu pengalaman mengujakan.