Golongan Belia Perlu Ceburi Bidang Pertanian

Oleh AZIS KHAN
BEAUFORT: Persatuan Alumni Pusat Latihan Pertanian Bersepadu (IATC) menggalakkan belia di Sabah agar merebut peluang menceburi bidang keusahawanan berasaskan pertanian yang dilihat mampu menjamin pendapatan lebih baik.

Presiden Alumni IATC Dickson Fredzex berkata, dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil ini, golongan belia perlu mengambil inisiatif menjadikan bidang pertanian berikutan langkah kerajaan ingin meningkatkan pengeluaran produk makanan di negeri ini.

Beliau berkata, langkah sebegitu akan membantu mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan belia.

“Golongan belia perlu memanfaatkan tanah warisan atau tanah pusaka keluarga mereka semaksima mungkin bagi menanam pelbagai produk makanan.

DICKSON FREDZEX

“Daripada membiarkan tanah yang ada terbiar tanpa diusahakan, lebih baik mereka menanam buah-buahan dan sayuran yang bernilai tinggi,” katanya Program Motivasi Alumni IATC, di sini pada Ahad.

Dickson, yang juga Timbalan Ketua Bahagian WARISAN Beaufort ini juga mahu golongan belia sentiasa peka dengan latihan kemahiran yang disediakan kerajaan.

Katanya, golongan belia perlu merebut peluang mengikuti latihan kemahiran dalam bidang pertanian yang ada kerana penglibatan belia dalam bidang kemahiran sebegitu masih kurang.

Program motivasi itu disertai seramai 60 orang alumni IATC.