Keputusan itu dibuat oleh Ahli Majlis Tertinggi UPKO yang bermesyuarat semalam selepas mendapati Abidin terlibat bersama bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman untuk cuba mengambil alih Kerajaan Sabah.
Abidin antara sekumpulan Adun kerajaan yang berpaling tadah untuk memberi sokongan kepada Musa bagi merampas kerajaan negeri.
Bagaimanapun, usaha mereka gagal selepas Ketua Menteri yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, pagi semalam.
Pembubaran DUN Sabah mendapat perkenan Yang DiPertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin pagi semalam.
ends/