Ghani: Islam Perlu Memandang Ke Hadapan Dengan Fikiran Positif

Ghani menyampaikan anugerah Tokoh Maal Hijrah kepada Jusilee.
Ghani, dua dari kanan, menyampaikan anugerah Tokoh Maal Hijrah kepada Jusilee.

OLEH AMAN KASSIM
KENINGAU: Solidariti dan kesatuan bangsa menjadi elemen penting dalam memastikan dinamika negara bangsa selain menjadi nadi transformasi dan perubahan ke era kemajuan dan kecemerlangan.

Ketua Umno Pensiangan Datuk Abdul Ghani Datuk Hj Mohd Yassin berkata, justeru itu umat Islam perlu memandang ke hadapan dengan fikiran positif, menghragai kepelbagaian yang wujud di Sabah khususnya dan Malaysia amnya.

Katanya, kepelbagaian kaum, agama dan budaya adalah rahmat daripada Allah yang wajar dipertahankan dan syukuri dengan terus memulihara perpaduan dan keharmonian yang dinikmati selama ini.

“Ia menuntut setiap lapisan masyarakat membina sikap saling menghormati dan menerima perbezaan yang wujud berlandaskan semangat 1Malaysia” katanya semasa berucap merasmikan Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah 1438H/2016M Peringkat Daerah Kecil Sook di Mini Dewan Kg. Karanaan Baru kira-kira 30 kilometer dari sin.

Beliau berkata, umat Islam telah melalui jalan yang jauh dan berliku untuk sampai kepada tahap kemajuan hari ini.

Justeru itu katanya, umat Islam perlu meneruskan penghijrahan dengan memberi komitmen bersama bagi pembangunan berterusan di negeri ini.

Katanya, umat Islam haruslah ketepi perbezaan antara sesama, sebaliknya melihat kepada persamaan yang dikongsi bersama.

Pada majlis itu sambutan Maal Hijrah itu Jusilee Urok dinobatkan sebagai Tokoh  Maal Hijrah Peringkat Daerah Kecil Sook.

Sementara itu adik Alfazezah binti Sadiman dan Fathan Hakim bin Karimin masing-masing menerima anugerah pelajar terbaik Sekolah Rendah Ugama (SRU) 2015.

Manakala adik Ahmad Khotib Syarbini bin Hamidi dan Nur Assyurahtun binti Rajimin menerima anugerah terbaik Ujian Penilaian Kelas KAFA.