Gempa Bumi Lemah Di Semporna

Oleh ARDYHANSAH AMAT
SEMPORNA: Satu gempa bumi lemah bermagnitud 3.3 skala Richter dilaporkan berlaku di daerah ini, pukul 10.01 pagi, hari ini

Jabatan Meteorologi Malaysia menerusi kenyataan berkata, pusat gempa bumi terletak di 4.4bdarjah Utara dan 118.4 darjah Timur pada kedalaman 10 kilometer berpusat di 14 kilometer barat Semporna

“Gegaran mungkin dirasai sekitar Semporna,” menurut laman web www.met.gov.my.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna Fazizul Hizam Borhan ketika dihubungi berkata, sehingga 11 pagi tadi, pihaknya tidak menerima sebarang panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut.

Sementara itu, tinjauan Borneo Today mendapati gegaran lemah turut dirasai sekitar Tawau, Kunak dan Lahad Datu.

Beberapa wartawan yang turut menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Parti Warisan Sabah P188 Lahad Datu Tahun 2020 di Dewan Plasma MPOB, Tungku, sebentar tadi turut merasai gegaran  tersebut selama hampir lima saat, sebaik selesai upacara perasmian yang disempurnakan Pengerusi Tetap Warisan Sabah Datuk Liew Vui Keong.