Gempa Bumi Lemah Di Ranau

KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah berukuran 2.8 pada skala Richter dilaporkan melanda Ranau, Sabah, pada 11.10 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi ciapan di laman Twitter memaklumkan gempa bumi itu berlaku 11 kilometer (km) barat dari Ranau, Sabah.

Gempa bumi lemah yang berlaku pada kedalaman 10 km itu menyebabkan gegaran dirasai di sekitar daerah berkenaan.