Gangguan Kerap Bekalan Letrik; Pengguna Di Sook Minta Alasan SESB

1693
Pekan Sook. Hari ini (Rabu, Oktober 25, 2017) sudah empat kali ‘blackout’ sejak awal pagi.

Oleh BODRICK PAUNUS
KOMEN: Bekalan letrik yang tidak stabil sejak beberapa bulan ini menganggu pengguna di daerah kecil Sook.

Rata-rata penduduk menyuarakan rasa marah kerana barangan eletrik yang mereka gunakan rosak akibat gangguan ini.

Pencawang SESB di Sook.

Aduan sudah dibuat beberapa kali oleh penduduk di daerah ini sejak awal kejadian ini berlaku, namun situasinya masih tetap sama dan menimbulkan persoalan apakah SESB benar-benar mencari punca masalah ini.

Apabila bekalan elektrik terputus dalam jangka masa melebihi sejam, maka gangguan rangkaian telefon juga berlaku. Ini disebabkan oleh pencawang yang memerlukan bekalan letrik untuk terus berfungsi.

Ramai penduduk yang merasa kecewa dengan situasi ini kerana menganggu perhubungan terutama mereka yang memerlukan rangkaian internet untuk meneruskan kerja seharian seperti kakitangan kerajaan dan juga mereka yang berniaga.

Penduduk memerlukan jawapan konkrit dari SESB apakah punca sebenar gangguan bekalan elektrik di Daerah ini, agar tidak menjejaskan lagi kehidupan seharian penduduk di daerah kecil ini.

Pada hari ini sahaja (Oktober 25, 2017), sudah empat kali ‘blackout’ sejak awal pagi.

Dimanakah wakil rakyat? Tidakkah mereka berusaha menyuarakan masalah ini sebagai wakil rakyat disini.

SESB mesti memberi penjelasan kepada pengguna, dan secepat mungkin.

• Bodrick Paunus ialah Ketua DAPSY Pensiangan dan pembaca BorneoToday